Pengumpulan E-Waste Berkala

8 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Julai 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong mengambil inisiatif baharu bagi menggalakkan masyarakat untuk mengitar semula sisa elektronik mereka dengan mewujudkan program Pengumpulan e-Waste secara berkala. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khusunya penduduk di kawasan perumahan PPR Batu Gong akan kepentingan untuk mengitar semula sisa elektronik secara berterusan. Inisiatif juga diambil untuk memberikan kupon berupa internet fees kepada masyarakat yang datang untuk mengitar semula peralatan berasaskan sim mereka.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Peserta dapat pengetahuan berkaitan pelupusan sisa elektronik dengan betul
• Memperoleh kupon bermain internet selama 5 jam sebagai ganjaran kitar semula
• Memupuk semangat kitar semula dalam kalangan golongan muda

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
• Pendaftaran peserta e-Waste
• Promosi fungsi pusat internet
• Penyampaian ganjaran berupa kupon
• Pengambilan gambar peserta untuk tujuan rujukan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali